๐Ÿช™
iviz Emas Ketelusan Spread & Harga Sebenar
Pusat Utiliti Pintar

Kalkulator Emas Pelbagai Guna

Pilih kalkulator mengikut keperluan anda: semak anggaran tunai bersih bila jual semula perhiasan, atau semak kewajipan zakat mengikut kadar uruf negeri anda.

Kira Nilai Bersih Jual Balik (Buyback Kedai)

Ketahui berapa tokey kedai patut bayar anda selepas ditolak peratusan susut nilai (spread) yang sah.

Nilai Kasar Asas: RM 0.00
Potongan Susut Nilai: -RM 0.00
Tunai Bersih Diterima: RM 0.00

* Peringatan: Kos upah tukang yang pernah anda bayar dahulu tidak dimasukkan dalam nilai jual balik kerana ia hangus 100%.

Panduan Lengkap

Cara Menggunakan Kalkulator Emas

Langkah demi langkah untuk membuat kiraan yang tepat mengikut situasi sebenar anda.

1

Semak Jual Balik (Susut Nilai)

Sesuai bila nak bawa barang kemas lama ke kedai untuk dapat tunai. Masukkan berat gram pada resit, pilih gred (kebiasaannya 916), dan pilih senario (Trade-in tolak ~15%, Tunai tolak ~20%, Luar kedai tolak ~25%).

2

Kira Breakeven & Untung

Sesuai untuk pelabur atau penyimpan yang beli emas bertahun-tahun lepas. Masukkan harga beli per gram dulu (termasuk kos upah purata), sistem automatik bandingkan harga tunai bersih hari ini untuk tahu sama ada anda dah untung.

3

Semak Kewajipan Zakat

Pilih negeri tempat anda menetap. Asingkan berat emas simpanan (Gold Bar/Dinar nisab 85g) dan emas perhiasan yang dipakai (had uruf sehingga 800g mengikut fatwa negeri). Kalkulator akan tentukan sama ada wajib bayar zakat 2.5% atau tidak.

๐Ÿ’ก Tip Penting: Harga jual balik di kaunter kedai fizikal sentiasa menolak kos upah tukang kerana upah dianggap hangus sebaik sahaja barang kemas dibeli. Gunakan kalkulator ini sebagai rujukan sebelum bersetuju dengan harga tawaran tokey kedai.
Spot 916 Hari Ini RM 500.77/g
Kira Untung โ†’