Kalkulator Emas Pelbagai Guna
Pilih kalkulator mengikut keperluan anda: semak anggaran tunai bersih bila jual semula perhiasan, atau semak kewajipan zakat mengikut kadar uruf negeri anda.
Kalkulator Breakeven & Untung
Kira berapa harga emas sekarang perlu capai untuk anda untung (melepasi spread beli dan jual).
Harga pasaran perlu capai tahap ni supaya anda tak rugi.
-
Kira Nilai Bersih Jual Balik (Buyback Kedai)
Ketahui berapa tokey kedai patut bayar anda selepas ditolak peratusan susut nilai (spread) yang sah.
* Peringatan: Kos upah tukang yang pernah anda bayar dahulu tidak dimasukkan dalam nilai jual balik kerana ia hangus 100%.
Kira Zakat Emas (Simpanan vs Perhiasan)
Kalkulator menyemak perbezaan antara Emas Simpanan (Nisab tetap 85g) dengan Emas Perhiasan Dipakai (Had Uruf Negeri sehingga 800g/850g) mengikut Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Cara Menggunakan Kalkulator Emas
Langkah demi langkah untuk membuat kiraan yang tepat mengikut situasi sebenar anda.
Semak Jual Balik (Susut Nilai)
Sesuai bila nak bawa barang kemas lama ke kedai untuk dapat tunai. Masukkan berat gram pada resit, pilih gred (kebiasaannya 916), dan pilih senario (Trade-in tolak ~15%, Tunai tolak ~20%, Luar kedai tolak ~25%).
Kira Breakeven & Untung
Sesuai untuk pelabur atau penyimpan yang beli emas bertahun-tahun lepas. Masukkan harga beli per gram dulu (termasuk kos upah purata), sistem automatik bandingkan harga tunai bersih hari ini untuk tahu sama ada anda dah untung.
Semak Kewajipan Zakat
Pilih negeri tempat anda menetap. Asingkan berat emas simpanan (Gold Bar/Dinar nisab 85g) dan emas perhiasan yang dipakai (had uruf sehingga 800g mengikut fatwa negeri). Kalkulator akan tentukan sama ada wajib bayar zakat 2.5% atau tidak.